Saturday 14 December 2013

よかった!面接の結果、出た。皆、合格して、嬉しかった。マレーシアで勉強するのはあと二ヶ月ぐらい。後で、日本へ行く。長岡技術科学大学,待ってて。行きまーす。
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah kerana aku masih mampu bernafas, utk terus beribadat dan menjadi khalifah di bumi ciptaanMu.
Subhanallah.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(3:191)

Ya.Takde satu pun ciptaan Allah takde function. Mesti ada sebab Allah ciptakan sesuatu.

***

Sungguh. Hati aku sedang berbolak balik. Ada yg tak kena sedang berlaku/bakal berlaku. Aku buntu. Aku rasa aku perlukan ruang utk menyendiri, menenangkan diri.

Aku keluar. Keluar melihat keadaan masyarakat sekeliling. Aku duduk, melihat kelibat manusia lalu lalang di dalam pasaraya.

Akhir zaman. Aku lihat lelaki dan perempuan, berpegangan tangan. Suami isterikah?
*Okay, aku cuba bersangka baik.

Lalu aku alihkan pandangan. Aku lihat para muslimah tanpa segan silu menunjukkan aurat mereka. Mana identiti islam?

Hari ini aku mahu menulis, kerana jari ini sudah letih memegang pena tanpa dicurah isinya. Saat ini, aku rindu. Rindu pada sahabat yang dulu peneman gelak tawa, tangis duka. Dulunya sangat hebat melontar nasihat. Kini, tiada lagi lontaran nasihat. Cuma kadang kadang terserempak di muka buku. Tapi bukan menegur, sekadar membaca status dan meneruskan kerja sendiri. Aku rindu. Saat kita sama sama jadi gila. Saat kita sama sama menangis. Aku rindu. Mana erti persahabatan yg dulu kita canang canangkan? Cepatnya kita berubah.

Sunday 16 December 2012

KOSONG



Detik itu, aku tahu ada sesuatu hilang dari aku. Tapi, aku sendiri tak pasti, apa yg lompong. Aku rasa kosong. Hati, jiwa yg kontang.Rasa yg tawar, buat aku menangis tanpa henti. Ada sesuatu yg aku rindu, ada sesuatu yg aku perlukan. Ada sesuatu yg aku ingin ianya kembali pada aku. Tapi, aku tak tahu apa yg hilang dari aku. Yg pasti, rasa kosong itu buat aku hilang dalam angan sendiri. Buat aku terkapai kapai mencari apa yg aku inginkan. Bila aku renung balik, aku jadi rindu yg teramat, tapi pada siapa? Aku rasa ingin dia kembali, ingin aku katakan bahawa aku syg dia, tapi siapa? Aku sendiri tak pasti, Yg pasti, ada kekosongan dalam hati aku., jiwa aku. Bila aku tenung org sekeliling aku, airmata aku tersangat senang utk mengalir, tapi kenapa? Siapa yg hadir lantas meninggalkn aku? Dan meninggalkam bayangnya yg tersangat aku rindu? Atau akukah yg leka dan tinggalkan dia? Rindu yg buat aku lemah dan menangis. Aku ingin mencari apa yg hilang, tapi dimana patut aku bermula? Lorong mana yg patut aku pilih? Aku hilang, hilang dalam angan dan leka aku sendiri. Ingin aku lari, seorang diri, sambil mengalirkan airmata yg bertakung, sambil melemparkan kekalutan yg ada, utk mencari kekuatan diri. Tak ingin aku, kerinduan ini menjadi bebanan utk aku, melemahkan aku yg tak mungkin dapat berdiri bila kerinduan ini masih terpahat di jiwa.

Friday 28 September 2012

Kerana DIA Tahu

Assalamualaikumw.b.t..
Mungkin sudah tersangat lama tak menulis memandangkan jadual yg sangat padat. Dah bersawang pun blog nie. kan? >.<

Tapi, tak kesahh laa. Sebab sesungguhnya sy bukan menulis utk dibaca tapi menulis utk menyebarkan. Dan kalau ada yg baca dan dapat sumtim dr hasil tangan sy, ALHAMDULILLAH.

Akhir2 nie, rasa sangat bersyukur sbb Allah masih beri peluang utk ingat Dia walau banyak kekhilafan telah dilakukan. Betapa Allah tidak pernah membenci malah sentiasa ada. Mungkin org akan mmpertikaikan kerana Allah di luar jangkauan penglihatan kita tapi, sesungguhnya kehadiran Nya dapat dirasai saat kita berdoa dan bertemu dgn Nya di dlam solat.

 "Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedang ia tidak baik bagimu"

Al Baqarah : 216.

Ayat Allah yg sangat mengajar diri ini utk redha dengan ketentuan Allah. Ayat Allah yg sentiasa mekar di dalam hati dalam menghadapi segala yg terjadi.

Berada dlm suasana belajar yg banyak saingan, memang agak menyusahkan. Allah je tau bilamana keputusan kita adalh yg terburuk dikalangan rakan rakan lain. Menitiskan air mata bukan perkara luar biasa tapi kebiasaan yg menjadi luar biasa bila tak menitiskan airmata.

"Result aku rendah je"

Hatiku runtun sangat mengalunkan kata kata tu. Rendah hanya kerana careless mistakes. Nak marah, menyesal, tak puas hati. Semua jadi satu.

"Sabar. Ingat tak ayat 216?"

Aku lupa. Lupa. Lupa Allah telah beri yg terbaik. Allah bagi apa yg aku perlukan bukan apa yg aku nak. Allah sangat memahami keadaan aku. Aku kembali, kembali mengingati Allah. Lama kelamaan kesedihan bertukar jadi ketenangan yg teramat.

Alhamdulillah. Allah tahu kenapa Dia merancang macam tu. Kita sbgai hamba, menerima dan amalkan.

Biar buruk mana pun, terima. Kerana itu pemberian Allah. Kerana Allah tahu, sedang kita tidak.

Berhenti menyalahkan org lain dan Allah, diri sendiri yg patut di muhasabah. InshaAllah.

"Tersimpan seribu makna dalam satu perkataan. Tersimpan seribu kata dalam satu senyuman"

Friday 27 April 2012

YOKOSO JAPAN!!

Sakura *yg betul punyaaa ;)
YOKOSO JAPAN!! apekebenda alahh nie kannn? HAHHA :p Okayy. maksud dia Welcome to Japan laaa. Jgn panik ehh sape yg taktauu tuuu. Nanti blajar slow2, nanti boleh laaa kan?

" wahhhh. bestnyaa awak dah sampai Jepun. Jeles >.< "

" untunglaa dpt sambung  blajar kat Jepun. Nk g jgkkk "


Mesti nie antara dialog2 korg yg ter'baca' entry nie and plus tgk gambar sakura kat atas tu kann?
OKAY. Stop anda punya ke'gelabaha'an tuu. wink2 :)

Mana ada laa, tak sampai Jepun lagi. insyaAllah nanti sampai ( penuh ketidaksabaran ). Mada mada desu. Okay, maknanya lama lagi laa. Banyak lagi jalan nak kena lalui. Lebih kurang gitu lahh maksud dia. :)
Susah bebenor nak explain =.=''

Bila dgr je sape2 pi study 'over the sea' mesti ramai yg jd impressed and nak p gak kan? Tapi, tau tak kat sana cabaran lagi kuat, org islam brapa la sgt. Mmg susah nk kumpul sama seperti di bumi Malaysia. Nak solat punn, masjid tak byk. Solat je lahh atas jalan, atau simen rumah sapa2. Banyak cabaran kannn? Andaikata kita p sana tanpa kepahaman tntang islam, boleh ke kita stay dgn islam and cara hidup lama. Yakin ke tak berubah? Bukan senang nak belajar luar negara. Aqidah kena mantap. Iman kena tebal. Kena teguh dgn pegangan kita, islam. Bimbang tersasar ke jalan yg tak sepatutnya. 


Tapii,same goes to me laaa. ngehngeh :)
time kecik2 dulu eksaited je bila dgr senior fly over the sea. Rasa nak berusaha sungguh2 jadik cam dorang. Tapii time tuu over the river je laa boleh ( p Thailand lintas sg Golok. hahaha )
Bila dah besarr tu impian still sama lagi. Mmandangkan dulu blajar kat mrsm so byk laaa pndedahan sal blajar oversea niee. Time tu satu jee terfikir, student2 yg balik dari oversea mesti baik2 and bertudung labuh! Sejuk ati memandang. Start dari hari tuu, slalu doa time lpas solat, semoga Allah bg pluang blajar kat oversea sbb nak rasa cmna islam kat sana n nak pakai tdung labuh jgk >.<
Dan....



Allah bg pluang masuk JAD. InsyaAllah semoga dpermudahkan sgala urusan walaupun blajar agak meletihkan. =.='
Tapi, mmg tak berani nak mngeluh sbb dulu2 sy yg selalu mintak ngn Allah nak pluan blajar oversea. Allah bagi pluang tuu. Sbb Allah nak uji sy betul ke bila sy balik dr Jepun, sy mmpu jadi sbaik kakak2 yg sy kenal tuu? Mnjadi muslimah yg kuat, mmpu mnegakkan islam. Allah bgi pluang diri sy di tarbiyyah. Allah bagi pluang join usrah, jumpa kakak yg hebat, naqibah yg sangat2 memahami. Yes! Terasa nak mnjerit sekuat hati. Nak menangis. Sbb terharu. Betapa Allah menyayangi hambaNya. Walau byk kesalahan kita buat, Allah bg pluang. Sbb Allah nak kita sedar akan adanya Dia, supaya kita kembali kpdNya. Sweet kan Allah? Allah buat2 cam tak pujuk kita.
Tapi,

Allah sbnrnya pujuk kita. Allah bgtau yg Dia nak kita dekat dgnNya. Dgn cara yg halus. Allah juga ada berkata dlm surat cintaNya bahawa Dia akan selalu ada dgn kita. Selangkah kita mndekatiNya, Allah akan berlari mndekati kita. SWEET kan??? :)

OKAYY. Balik sal Jepun. Kenapa sy tak sabar nak pi sana? Adakah kerana pmandangannya yg indah cam gmbaq kat bawah nie??


nie semua gmbaq dr senior yg baru fly Jepun. credit to them ;)
Semestinyaa, bukan. Bukan sbb pmndangan yg indah. Teknologi yg canggih. Tapi sy tersangat sangat sangatt laaaa nak pgi sbb islam yg ada dlm diri msyarakat Jepun.

"Aik! Bukan dorg tak ramai islam ke? "

Mesti korang nak tanya tuu kan? :p

YA. Dorg tak ramai islam tapi mereka sgt mngamalkan cara hidup islam. Mcm mana? Dorg mngamalkan kbersihan. Sampah tak buang merata rata mcm kita, even kita islam and islam ajar kita utk jaga kebersihan kan? Lagi contoh? Menghargai masa. Dorg kalau takleh nak tepati masa, dorg rasa dorg dah failed. Rasa mnyesal sangat2 ( nie apa yg cikgu2 Jepun ktorg cakap ). Nak lagi contoh? Okay dorg tersangat jujur dan tak mncuri. Mcm mana? Mcm nie, kita kalau tggl i phone 2 saat je, konpem nak amik balik dah takde kan? Kat Jepun, tinggal la berhari hari pun still ada lagi. Malah, ada yg p report kt pihak yg btanggungjwb sal khilangan tuu. Kita? Kita? Haa. Tepuk dada tanya iman masing2.


Syed Qutb pernah menukilkan, “ aku pergi ke Barat, aku lihat Islam ... Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam.

Apa maknanya tuu? Maknanya kalau negara kita laa kan. Ramai je Islam tapi kita amal tak apa yg Islam ajar kita? Menghargai masa, jaga kbersihan? Kita amal tak? Tak kan. Aku pergi ke Timur, aku melihat Muslim tanpa Islam. Kita Muslim tapi kita tak hidup dgn cara Islam. Tapi contoh Jepun. Dorg bukan Islam tapi dorg amalkan cara Islam. Contoh atas tadi laaa yg buang sampah smua tuu. Aku pergi ke Barat, aku lihat Islam. Even dorg bukan Islam. Tu laa yg nk disampaikan oleh Syed Qutb. Kita dah tersasar.

Tu laa sbbnya kenapa hati mnjerit and meronta2 nak p sana secepat mgkin. Nak rasa cara hdup Islam ;)
Tak sabar. Semoga Allah permudahkan. Jom ubah cara hidup kita. Hidup lah dgn cara hidup Islam :')
Aman je kann? :)


p/s : Esok Bersih 3.0. Jom join :) Bersihkan apa yg kotor. Ia bukanlah politik yg merapu tapi jalan nak keadilan dan bersihkan kekotoran dlm PRU. Jalan nak ubah ketidakseimbangan yg telah berlaku. Contoh kes Lynas. Nak tau? Klik sini. :)

Tuesday 17 April 2012

SESAT JALAN??

bukan jalan sbnr :)

Okayy, tengokk je jalan mesti terfikir nak pi travel mana2 nak pi tempat2 yg menarikk kan? ke ada yang terfikir nak duduk kat tengah2 tuu and tunggu mana kenderaan langgar korang? *bunuh diri la bebbb :)
ada takk yang fikir camtuu. kalau ada sy rasa better anda bertaubat skrg jugakkk. Allah dah bagi nyawa tuu nak tarik sesuka aty kita jee. Lupakah kita sapa pencipta? sapa berkuasa? Kita? ke van, lori tuu berkuasa cabut nyawa kitaa? Astaghfirullah  jgn sesekali pikir camtuu ye kawan2 :)
Semestinya ALLAH S.W.T yang berkuasa atas segala sesuatu. Tiada dua atau tiga. Hanya Allah , tuhan yang satu.
Kenapa sy letak gambar jalan raya yg strekk tuu? Sbb sy nak cter pasal sy pi melancong ke? Ke sy nak cter pasal cara2 nak buat jalan tuu? *comell pulakk kalau sy cter pasal tuu kan? :p
TAK. Salah sama sekali tekaan anda. *tak dapat laa hadiah. Cuba lain kali pulakk yeee. PEACE! :)
OKAYY. Sambung balikk soalan. Kalau anda semua tengok gambar nie pulakk apa yg anda pikir?? Jawab dalam hati dahh laaa ehh , kalau jawab ikut mulut punnn sy tak dgr. *haa. takpun komen kat bawah tuu apa jawapan anda. ngeeee :)
GURAU JE >.<

Pernah tak korang cuba relate kan hidup kita dengan jalan kat atas? Sememangnya hidup kita sama seperti jalan tuu kan? Kita dicipta oleh Allah untuk melalui jalan2 yg Allah dah tetapkan bagaimana aturannya kan?

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab ( Luh Mahfuz ) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Al Hadid : 22 )

Sesungguhnya Allah dah tetapkan kita nie macam mana, Allah dah tau apa yang akan menimpa diri kita sblum kita dilahirkan lagi. Allah dah arrange siap2 dah jalan untuk kita. Dan semestinya aturan Allah adalah yg terbaik untuk kita kan?

'Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 
(2:216)

Kita tak tau punn apa plan Allah untuk kita. Apa yang boleh kita buat, mintak dengan Allah semoga apa yang ditetapkan adalah yg terbaik untuk kita, InsyaAllah. Tapi kita tak perlu takut. Tak perlu pikir complicated sangat tentang jalan yg Allah hiaskan utk kita sbb Allah dah berfirman dalam surat cinta Nya.


"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." (23:62)

Takyahh takut. Takyahh lemah semangat sebab walau apa pun terjadi, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Allah tau tahap kita sampai mana. Allah tau takat mana kekuatan kita. Kalau dah kita lembikk cam bubur nasi takkan laa Allah nak bagi kita ujian sekeras lesung batu kann? Memang tak mampu laaa nak nanggungnya. Den pun tak snggup >.<

Tapi tu lahh, Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah takkan buat hamba dia sedih, melainkan ujian2 Allah adalah sbb ALLAH RINDU KITA. Allah nak dengar suara kita, berdoa, meminta dgn Allah. Allah nak tengok airmata kita. Allah sayang kita kann. Amik contoh kalau kita seorang ayah or ibu mesti kita  suka kan bila anak anak kita menangis sbb berharap perlindungan dari kita kan? Mesti kita akan rasa sayang yg teramat sangat kat anak kita kan? Sama jgk dengan sifat Allah. Allah nak kita dekat dengan Dia sbb tu Allah uji kita. So, apa kaitan cerita nie dgn jalan kat atas? Mungkin gambar tu simple so tak nampak dia punya relationship :)
Tgk gambar nie pulak.



Sama jee kan? Jalan jugakk tadi jalan tu lurus. Jalan nie agak bengkang bengkok kan? Mesti lagi senang nak ikut jalan yg lurus tadi kann? Sebenarnya camnie. Hidup kita ibarat jalan. Allah dah tetapkan apa yang kita akan jumpa kat hadapan, apa yang akan kita tempuh kat tepi2 tuu and apa yang ada kat belakang. Semua Allah dah uruskan siap2. Dan jalan yang Allah tetapkan lurus je. Lurus ke mana? Ke rumah bf/gf kita?

Betul. Jalan tu lurus menuju kekasih kita yang patut kita cinta tapi kita biarkan kekasih kita jauh dari kita. Sapa? Semestinya ALLAH. *takde bantahan, okay?

Tengok. Allah dah cipta jalan yg lurus untuk kita menuju Allah. Allah dah tunggu kita siap2 dahh. Tapi apa kita buat? Kita ikut jalan kat bawah nie haaa.


Bukan main demand lagi kann jalan kita pilih? Perghhhhh!! 4 cabang tuu. Agak2 senang tak nak pilih nak ikut jalan mana? Kalau sy susahh sbb tak tau jalan mana yg akan bawak kita ke tempat yg sepatutnya. Dah laa takde signboard. =.=''

Susah nak decide kan? Tapi tu laa kita suka sangat menyusahkan diri sendiri. Suka pilih jalan yg sukar. Kita suka mencuba dan akhirnya merosakkan diri sendiri kann? Ye lahh tak pandai pilih jalan. Sapa suruh memandai jee pilih jalan yg sukar kann? Suka sangat merosakkan perjalanan hidup kita dengan gangguan2 kat pinggir2 jalan tuu. Sapa pengganggu tuu? SYAITAN dan NAFSU. Kita ikut nafsu. Kita tergoda dgn bisikan syaitan. Kita ikut jalan yg salah.

Moralnya apa yang nak disampaikan ialah PILIH JALAN YANG LURUS. Jalan apa? JALAN MENUJU ALLAH. Kenapa taklehh jalan bengkang bengkok? Sebab ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA. Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita. Ikut jalan yg lurus, jalan yg benar, kita akan selamat,. InsyaAllah. Pokok pangkal nya disini takyahh susah2 nak pikir apa yang akan terjadi tapii pikir cmna nak dekatkan diri dengan Allah. Mantapkan akidah. Kuatkan iman.

Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya; bukan ( jalan ) mereka yg dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. ( Al Fatihah : 6-7)

Sama sama menyuburkan cinta kepada Allah dan sama sama kita menuju Allah yang Maha Esa.