Tuesday 17 April 2012

SESAT JALAN??

bukan jalan sbnr :)

Okayy, tengokk je jalan mesti terfikir nak pi travel mana2 nak pi tempat2 yg menarikk kan? ke ada yang terfikir nak duduk kat tengah2 tuu and tunggu mana kenderaan langgar korang? *bunuh diri la bebbb :)
ada takk yang fikir camtuu. kalau ada sy rasa better anda bertaubat skrg jugakkk. Allah dah bagi nyawa tuu nak tarik sesuka aty kita jee. Lupakah kita sapa pencipta? sapa berkuasa? Kita? ke van, lori tuu berkuasa cabut nyawa kitaa? Astaghfirullah  jgn sesekali pikir camtuu ye kawan2 :)
Semestinya ALLAH S.W.T yang berkuasa atas segala sesuatu. Tiada dua atau tiga. Hanya Allah , tuhan yang satu.
Kenapa sy letak gambar jalan raya yg strekk tuu? Sbb sy nak cter pasal sy pi melancong ke? Ke sy nak cter pasal cara2 nak buat jalan tuu? *comell pulakk kalau sy cter pasal tuu kan? :p
TAK. Salah sama sekali tekaan anda. *tak dapat laa hadiah. Cuba lain kali pulakk yeee. PEACE! :)
OKAYY. Sambung balikk soalan. Kalau anda semua tengok gambar nie pulakk apa yg anda pikir?? Jawab dalam hati dahh laaa ehh , kalau jawab ikut mulut punnn sy tak dgr. *haa. takpun komen kat bawah tuu apa jawapan anda. ngeeee :)
GURAU JE >.<

Pernah tak korang cuba relate kan hidup kita dengan jalan kat atas? Sememangnya hidup kita sama seperti jalan tuu kan? Kita dicipta oleh Allah untuk melalui jalan2 yg Allah dah tetapkan bagaimana aturannya kan?

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab ( Luh Mahfuz ) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Al Hadid : 22 )

Sesungguhnya Allah dah tetapkan kita nie macam mana, Allah dah tau apa yang akan menimpa diri kita sblum kita dilahirkan lagi. Allah dah arrange siap2 dah jalan untuk kita. Dan semestinya aturan Allah adalah yg terbaik untuk kita kan?

'Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 
(2:216)

Kita tak tau punn apa plan Allah untuk kita. Apa yang boleh kita buat, mintak dengan Allah semoga apa yang ditetapkan adalah yg terbaik untuk kita, InsyaAllah. Tapi kita tak perlu takut. Tak perlu pikir complicated sangat tentang jalan yg Allah hiaskan utk kita sbb Allah dah berfirman dalam surat cinta Nya.


"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." (23:62)

Takyahh takut. Takyahh lemah semangat sebab walau apa pun terjadi, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Allah tau tahap kita sampai mana. Allah tau takat mana kekuatan kita. Kalau dah kita lembikk cam bubur nasi takkan laa Allah nak bagi kita ujian sekeras lesung batu kann? Memang tak mampu laaa nak nanggungnya. Den pun tak snggup >.<

Tapi tu lahh, Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah takkan buat hamba dia sedih, melainkan ujian2 Allah adalah sbb ALLAH RINDU KITA. Allah nak dengar suara kita, berdoa, meminta dgn Allah. Allah nak tengok airmata kita. Allah sayang kita kann. Amik contoh kalau kita seorang ayah or ibu mesti kita  suka kan bila anak anak kita menangis sbb berharap perlindungan dari kita kan? Mesti kita akan rasa sayang yg teramat sangat kat anak kita kan? Sama jgk dengan sifat Allah. Allah nak kita dekat dengan Dia sbb tu Allah uji kita. So, apa kaitan cerita nie dgn jalan kat atas? Mungkin gambar tu simple so tak nampak dia punya relationship :)
Tgk gambar nie pulak.



Sama jee kan? Jalan jugakk tadi jalan tu lurus. Jalan nie agak bengkang bengkok kan? Mesti lagi senang nak ikut jalan yg lurus tadi kann? Sebenarnya camnie. Hidup kita ibarat jalan. Allah dah tetapkan apa yang kita akan jumpa kat hadapan, apa yang akan kita tempuh kat tepi2 tuu and apa yang ada kat belakang. Semua Allah dah uruskan siap2. Dan jalan yang Allah tetapkan lurus je. Lurus ke mana? Ke rumah bf/gf kita?

Betul. Jalan tu lurus menuju kekasih kita yang patut kita cinta tapi kita biarkan kekasih kita jauh dari kita. Sapa? Semestinya ALLAH. *takde bantahan, okay?

Tengok. Allah dah cipta jalan yg lurus untuk kita menuju Allah. Allah dah tunggu kita siap2 dahh. Tapi apa kita buat? Kita ikut jalan kat bawah nie haaa.


Bukan main demand lagi kann jalan kita pilih? Perghhhhh!! 4 cabang tuu. Agak2 senang tak nak pilih nak ikut jalan mana? Kalau sy susahh sbb tak tau jalan mana yg akan bawak kita ke tempat yg sepatutnya. Dah laa takde signboard. =.=''

Susah nak decide kan? Tapi tu laa kita suka sangat menyusahkan diri sendiri. Suka pilih jalan yg sukar. Kita suka mencuba dan akhirnya merosakkan diri sendiri kann? Ye lahh tak pandai pilih jalan. Sapa suruh memandai jee pilih jalan yg sukar kann? Suka sangat merosakkan perjalanan hidup kita dengan gangguan2 kat pinggir2 jalan tuu. Sapa pengganggu tuu? SYAITAN dan NAFSU. Kita ikut nafsu. Kita tergoda dgn bisikan syaitan. Kita ikut jalan yg salah.

Moralnya apa yang nak disampaikan ialah PILIH JALAN YANG LURUS. Jalan apa? JALAN MENUJU ALLAH. Kenapa taklehh jalan bengkang bengkok? Sebab ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA. Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita. Ikut jalan yg lurus, jalan yg benar, kita akan selamat,. InsyaAllah. Pokok pangkal nya disini takyahh susah2 nak pikir apa yang akan terjadi tapii pikir cmna nak dekatkan diri dengan Allah. Mantapkan akidah. Kuatkan iman.

Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya; bukan ( jalan ) mereka yg dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. ( Al Fatihah : 6-7)

Sama sama menyuburkan cinta kepada Allah dan sama sama kita menuju Allah yang Maha Esa.

4 comments:

  1. semoga kita dikuatkan iman..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. sama2 berdoa kpd Allah. semakin kite dekat dgn Allah, Dia akan berlari mndekati kita. Sama sama kuatkan iman , insyaAllah.

      Delete
  2. nice entry.. peringatan utk sy n others yg mmbce.. ^^

    ReplyDelete
  3. insyaAllah. semoga semua yg mmbaca mndapat manfaat dan mula mencari jalan yg sebenar. kembali mengenal islam. InsyaAllah. Jazakillah.

    ReplyDelete