Friday 27 April 2012

YOKOSO JAPAN!!

Sakura *yg betul punyaaa ;)
YOKOSO JAPAN!! apekebenda alahh nie kannn? HAHHA :p Okayy. maksud dia Welcome to Japan laaa. Jgn panik ehh sape yg taktauu tuuu. Nanti blajar slow2, nanti boleh laaa kan?

" wahhhh. bestnyaa awak dah sampai Jepun. Jeles >.< "

" untunglaa dpt sambung  blajar kat Jepun. Nk g jgkkk "


Mesti nie antara dialog2 korg yg ter'baca' entry nie and plus tgk gambar sakura kat atas tu kann?
OKAY. Stop anda punya ke'gelabaha'an tuu. wink2 :)

Mana ada laa, tak sampai Jepun lagi. insyaAllah nanti sampai ( penuh ketidaksabaran ). Mada mada desu. Okay, maknanya lama lagi laa. Banyak lagi jalan nak kena lalui. Lebih kurang gitu lahh maksud dia. :)
Susah bebenor nak explain =.=''

Bila dgr je sape2 pi study 'over the sea' mesti ramai yg jd impressed and nak p gak kan? Tapi, tau tak kat sana cabaran lagi kuat, org islam brapa la sgt. Mmg susah nk kumpul sama seperti di bumi Malaysia. Nak solat punn, masjid tak byk. Solat je lahh atas jalan, atau simen rumah sapa2. Banyak cabaran kannn? Andaikata kita p sana tanpa kepahaman tntang islam, boleh ke kita stay dgn islam and cara hidup lama. Yakin ke tak berubah? Bukan senang nak belajar luar negara. Aqidah kena mantap. Iman kena tebal. Kena teguh dgn pegangan kita, islam. Bimbang tersasar ke jalan yg tak sepatutnya. 


Tapii,same goes to me laaa. ngehngeh :)
time kecik2 dulu eksaited je bila dgr senior fly over the sea. Rasa nak berusaha sungguh2 jadik cam dorang. Tapii time tuu over the river je laa boleh ( p Thailand lintas sg Golok. hahaha )
Bila dah besarr tu impian still sama lagi. Mmandangkan dulu blajar kat mrsm so byk laaa pndedahan sal blajar oversea niee. Time tu satu jee terfikir, student2 yg balik dari oversea mesti baik2 and bertudung labuh! Sejuk ati memandang. Start dari hari tuu, slalu doa time lpas solat, semoga Allah bg pluang blajar kat oversea sbb nak rasa cmna islam kat sana n nak pakai tdung labuh jgk >.<
Dan....



Allah bg pluang masuk JAD. InsyaAllah semoga dpermudahkan sgala urusan walaupun blajar agak meletihkan. =.='
Tapi, mmg tak berani nak mngeluh sbb dulu2 sy yg selalu mintak ngn Allah nak pluan blajar oversea. Allah bagi pluang tuu. Sbb Allah nak uji sy betul ke bila sy balik dr Jepun, sy mmpu jadi sbaik kakak2 yg sy kenal tuu? Mnjadi muslimah yg kuat, mmpu mnegakkan islam. Allah bgi pluang diri sy di tarbiyyah. Allah bagi pluang join usrah, jumpa kakak yg hebat, naqibah yg sangat2 memahami. Yes! Terasa nak mnjerit sekuat hati. Nak menangis. Sbb terharu. Betapa Allah menyayangi hambaNya. Walau byk kesalahan kita buat, Allah bg pluang. Sbb Allah nak kita sedar akan adanya Dia, supaya kita kembali kpdNya. Sweet kan Allah? Allah buat2 cam tak pujuk kita.
Tapi,

Allah sbnrnya pujuk kita. Allah bgtau yg Dia nak kita dekat dgnNya. Dgn cara yg halus. Allah juga ada berkata dlm surat cintaNya bahawa Dia akan selalu ada dgn kita. Selangkah kita mndekatiNya, Allah akan berlari mndekati kita. SWEET kan??? :)

OKAYY. Balik sal Jepun. Kenapa sy tak sabar nak pi sana? Adakah kerana pmandangannya yg indah cam gmbaq kat bawah nie??


nie semua gmbaq dr senior yg baru fly Jepun. credit to them ;)
Semestinyaa, bukan. Bukan sbb pmndangan yg indah. Teknologi yg canggih. Tapi sy tersangat sangat sangatt laaaa nak pgi sbb islam yg ada dlm diri msyarakat Jepun.

"Aik! Bukan dorg tak ramai islam ke? "

Mesti korang nak tanya tuu kan? :p

YA. Dorg tak ramai islam tapi mereka sgt mngamalkan cara hidup islam. Mcm mana? Dorg mngamalkan kbersihan. Sampah tak buang merata rata mcm kita, even kita islam and islam ajar kita utk jaga kebersihan kan? Lagi contoh? Menghargai masa. Dorg kalau takleh nak tepati masa, dorg rasa dorg dah failed. Rasa mnyesal sangat2 ( nie apa yg cikgu2 Jepun ktorg cakap ). Nak lagi contoh? Okay dorg tersangat jujur dan tak mncuri. Mcm mana? Mcm nie, kita kalau tggl i phone 2 saat je, konpem nak amik balik dah takde kan? Kat Jepun, tinggal la berhari hari pun still ada lagi. Malah, ada yg p report kt pihak yg btanggungjwb sal khilangan tuu. Kita? Kita? Haa. Tepuk dada tanya iman masing2.


Syed Qutb pernah menukilkan, “ aku pergi ke Barat, aku lihat Islam ... Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam.

Apa maknanya tuu? Maknanya kalau negara kita laa kan. Ramai je Islam tapi kita amal tak apa yg Islam ajar kita? Menghargai masa, jaga kbersihan? Kita amal tak? Tak kan. Aku pergi ke Timur, aku melihat Muslim tanpa Islam. Kita Muslim tapi kita tak hidup dgn cara Islam. Tapi contoh Jepun. Dorg bukan Islam tapi dorg amalkan cara Islam. Contoh atas tadi laaa yg buang sampah smua tuu. Aku pergi ke Barat, aku lihat Islam. Even dorg bukan Islam. Tu laa yg nk disampaikan oleh Syed Qutb. Kita dah tersasar.

Tu laa sbbnya kenapa hati mnjerit and meronta2 nak p sana secepat mgkin. Nak rasa cara hdup Islam ;)
Tak sabar. Semoga Allah permudahkan. Jom ubah cara hidup kita. Hidup lah dgn cara hidup Islam :')
Aman je kann? :)


p/s : Esok Bersih 3.0. Jom join :) Bersihkan apa yg kotor. Ia bukanlah politik yg merapu tapi jalan nak keadilan dan bersihkan kekotoran dlm PRU. Jalan nak ubah ketidakseimbangan yg telah berlaku. Contoh kes Lynas. Nak tau? Klik sini. :)

Tuesday 17 April 2012

SESAT JALAN??

bukan jalan sbnr :)

Okayy, tengokk je jalan mesti terfikir nak pi travel mana2 nak pi tempat2 yg menarikk kan? ke ada yang terfikir nak duduk kat tengah2 tuu and tunggu mana kenderaan langgar korang? *bunuh diri la bebbb :)
ada takk yang fikir camtuu. kalau ada sy rasa better anda bertaubat skrg jugakkk. Allah dah bagi nyawa tuu nak tarik sesuka aty kita jee. Lupakah kita sapa pencipta? sapa berkuasa? Kita? ke van, lori tuu berkuasa cabut nyawa kitaa? Astaghfirullah  jgn sesekali pikir camtuu ye kawan2 :)
Semestinya ALLAH S.W.T yang berkuasa atas segala sesuatu. Tiada dua atau tiga. Hanya Allah , tuhan yang satu.
Kenapa sy letak gambar jalan raya yg strekk tuu? Sbb sy nak cter pasal sy pi melancong ke? Ke sy nak cter pasal cara2 nak buat jalan tuu? *comell pulakk kalau sy cter pasal tuu kan? :p
TAK. Salah sama sekali tekaan anda. *tak dapat laa hadiah. Cuba lain kali pulakk yeee. PEACE! :)
OKAYY. Sambung balikk soalan. Kalau anda semua tengok gambar nie pulakk apa yg anda pikir?? Jawab dalam hati dahh laaa ehh , kalau jawab ikut mulut punnn sy tak dgr. *haa. takpun komen kat bawah tuu apa jawapan anda. ngeeee :)
GURAU JE >.<

Pernah tak korang cuba relate kan hidup kita dengan jalan kat atas? Sememangnya hidup kita sama seperti jalan tuu kan? Kita dicipta oleh Allah untuk melalui jalan2 yg Allah dah tetapkan bagaimana aturannya kan?

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab ( Luh Mahfuz ) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Al Hadid : 22 )

Sesungguhnya Allah dah tetapkan kita nie macam mana, Allah dah tau apa yang akan menimpa diri kita sblum kita dilahirkan lagi. Allah dah arrange siap2 dah jalan untuk kita. Dan semestinya aturan Allah adalah yg terbaik untuk kita kan?

'Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 
(2:216)

Kita tak tau punn apa plan Allah untuk kita. Apa yang boleh kita buat, mintak dengan Allah semoga apa yang ditetapkan adalah yg terbaik untuk kita, InsyaAllah. Tapi kita tak perlu takut. Tak perlu pikir complicated sangat tentang jalan yg Allah hiaskan utk kita sbb Allah dah berfirman dalam surat cinta Nya.


"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." (23:62)

Takyahh takut. Takyahh lemah semangat sebab walau apa pun terjadi, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Allah tau tahap kita sampai mana. Allah tau takat mana kekuatan kita. Kalau dah kita lembikk cam bubur nasi takkan laa Allah nak bagi kita ujian sekeras lesung batu kann? Memang tak mampu laaa nak nanggungnya. Den pun tak snggup >.<

Tapi tu lahh, Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah takkan buat hamba dia sedih, melainkan ujian2 Allah adalah sbb ALLAH RINDU KITA. Allah nak dengar suara kita, berdoa, meminta dgn Allah. Allah nak tengok airmata kita. Allah sayang kita kann. Amik contoh kalau kita seorang ayah or ibu mesti kita  suka kan bila anak anak kita menangis sbb berharap perlindungan dari kita kan? Mesti kita akan rasa sayang yg teramat sangat kat anak kita kan? Sama jgk dengan sifat Allah. Allah nak kita dekat dengan Dia sbb tu Allah uji kita. So, apa kaitan cerita nie dgn jalan kat atas? Mungkin gambar tu simple so tak nampak dia punya relationship :)
Tgk gambar nie pulak.



Sama jee kan? Jalan jugakk tadi jalan tu lurus. Jalan nie agak bengkang bengkok kan? Mesti lagi senang nak ikut jalan yg lurus tadi kann? Sebenarnya camnie. Hidup kita ibarat jalan. Allah dah tetapkan apa yang kita akan jumpa kat hadapan, apa yang akan kita tempuh kat tepi2 tuu and apa yang ada kat belakang. Semua Allah dah uruskan siap2. Dan jalan yang Allah tetapkan lurus je. Lurus ke mana? Ke rumah bf/gf kita?

Betul. Jalan tu lurus menuju kekasih kita yang patut kita cinta tapi kita biarkan kekasih kita jauh dari kita. Sapa? Semestinya ALLAH. *takde bantahan, okay?

Tengok. Allah dah cipta jalan yg lurus untuk kita menuju Allah. Allah dah tunggu kita siap2 dahh. Tapi apa kita buat? Kita ikut jalan kat bawah nie haaa.


Bukan main demand lagi kann jalan kita pilih? Perghhhhh!! 4 cabang tuu. Agak2 senang tak nak pilih nak ikut jalan mana? Kalau sy susahh sbb tak tau jalan mana yg akan bawak kita ke tempat yg sepatutnya. Dah laa takde signboard. =.=''

Susah nak decide kan? Tapi tu laa kita suka sangat menyusahkan diri sendiri. Suka pilih jalan yg sukar. Kita suka mencuba dan akhirnya merosakkan diri sendiri kann? Ye lahh tak pandai pilih jalan. Sapa suruh memandai jee pilih jalan yg sukar kann? Suka sangat merosakkan perjalanan hidup kita dengan gangguan2 kat pinggir2 jalan tuu. Sapa pengganggu tuu? SYAITAN dan NAFSU. Kita ikut nafsu. Kita tergoda dgn bisikan syaitan. Kita ikut jalan yg salah.

Moralnya apa yang nak disampaikan ialah PILIH JALAN YANG LURUS. Jalan apa? JALAN MENUJU ALLAH. Kenapa taklehh jalan bengkang bengkok? Sebab ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA. Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita. Ikut jalan yg lurus, jalan yg benar, kita akan selamat,. InsyaAllah. Pokok pangkal nya disini takyahh susah2 nak pikir apa yang akan terjadi tapii pikir cmna nak dekatkan diri dengan Allah. Mantapkan akidah. Kuatkan iman.

Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya; bukan ( jalan ) mereka yg dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. ( Al Fatihah : 6-7)

Sama sama menyuburkan cinta kepada Allah dan sama sama kita menuju Allah yang Maha Esa.

Tuesday 3 April 2012

Ini Bulatan Gembira Saya

Gambar sekadar hiasan* hehehe :)
Alhamdulillah. Nie laa bulatan gembira sy :) *gambar sekadar hiasan tidak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia :p
First time sy menyertai bulatan gembira nie, ilmu tersangatt laaa cetek. Tak tau apa2. Sangat jahil barangkali. Mula2 kenal dengan adik beradik n akak naqibah, mmg rasa cam takde perasaan. Tak rasa pape punn. Hari first tuu terfikir jugakk laa apa ekk pengisian tiap kali kitorg berkumpul dalam satu bulatan? Kongsi masalah ke? Mesti ada sesi 'ice breaking' kan? Sogan dennn =.='
Cmane ekk nak bergaul dengan muslimah muslimah yg sangat sempurna akhlaknya? Tersangattt laaa malu time tuu. Hati rasa mcm cuak sgt bila fikir balik.

Tapii, tu hari first. So, jangan salah paham lagi yeee kawan2. * yg nak join tuu teruskan laaa jgn bila dah baca entry nie terus cancel niat tu! :)
Hari first mmg laaa tapiii myb sy je laa kott sbb act, tak suka perkenalkan nama penuhh! Tu yg cuak sbnrnya. hhehehe ;)
Kesimpulannya, anda anda takkan rasa cuak seperti sy sbb org cam sy satu dalam seribu. Ecehhh!*perasan!

Okay. Sambung balik. Hari2 yg seterusnya barulahh sy paham apa tujuan bulatan gembira nie. Tujuannya adalah untuk melahirkan individu muslim yang akan mempertahankan Islam walau dimana saja, apa jua keadaan. Atau lagi tepat, bulatan gembira adalah proses tarbiyyah. Berada dalam satu keluarga, sama sama berkasih sayang kerana Allah, saling nasihat menasihati. Sama dengan apa yg Rasulullah s.a.w buat time kat Mekah. Dimana Rasulullah s.a.w berkumpul bersama sahabat dalam satu bulatan, mengajar tentang aqidah. Kenapa? Kerana ingin melahirkan individu Muslim yg paham Islam melalui hati.

Minggu2 seterusnya, sy makin paham Islam. Sangat sedihh bila fikir balik. Sy sudah menjadi muslim sejak lahir lagi tapi pada umur 18 tahun baru sy kembali mengenal Allah dan agamanya. Kerana kita sebenarnya Islam by chance bukan Islam by choice. Lahir2 dah Islam. Banyak bezanya dgn muallaf yg MEMILIH untuk  memeluk Islam. Dorg Islam melalui pilihan sendiri.


Segalanya bermula dari usrah. Ya, sy akui. Banyak yg berubah bila sy join usrah. Mungkin perubahan bukanlahh 360 degree tapii Alhamdulillah, sy mula paham apa itu Islam. Mula berubah ke arah yg lebih baik. Dan yg paling sy rasa sedih, sebak, pilu bila fikir balik ialah UKHWAH. Kami sayang antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. Sy dapat rasakan kemanisan ukhwah tuu. Rasa sayang yg lain. Sayang yg sangat dalam, walaupun mula2 takde laa rapat sgt. Dulu mmg tak rasa tapi lama kelamaan sayang tuu makin kuat. 'Jika hubungan itu berpaksikan keimanan kepada Allah, maka sesuatu yg luar biasa dapat dihasilkan'
Uhibbuki fillah! ;)

Dan apa yg paling penting utk sy tarbiyyah kan diri sy ialah 10 muwasafat tarbiyyah niee.

credit : LangitIlahi.com
Sekarang mmg sangat mencuba supaya dapat mematuhi 10 muwasafat tarbiyyah niee. Tuu laa proses tarbiyyah utk sy sbnrnya. Mmg sangat susahh nak maintain tapii tu laaa proses n perubahan yg mesti sy lakukann utk mnjadi individu muslim yg tidak akan gentar utk menegakkan Islam. InsyaAllah. Alhamdulillah kerana Allah memilih sy utk mengenali agama Nya. Terima kasih , ya Allah <3!

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." ( Al-Imran : 8 )

Sungguh, aku bersyukur ya Allah kerana diberi peluang utk mengenali agama Mu. :')
Seriously, sy sayangg bulatan gembira sy! Syukran, adik beradik tersayang. Tak lupa akak naqibah yg byk memberi nasihat.

"Sesungguhnya hidayah Allah itu boleh datang dr pelbagai cara dan melalui sesiapa sahaja."

Alhamdulillah. Semoga terus kekal dalam bulatan gembira niee. Sahabat sekalian, jujum join usrah! Jadilah individu muslim. Tegakkan Islam, JOM!

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (QS Muhammad/47:7)

INSYAALLAH :')


IBRAH DARI GAZA

Assalamualaikum w.b.t. Apa habaq semua? Sihat ka? Alhamdulillah, syukur krana Allah masih pinjamkan sy tubuh badan yang montel sihat untuk melakukan aktiviti seharian. Syukur kerana Allah masih mengurniakan sy hati yang masih berpegang teguh pada tali Allah. Syukur kerana sy masih diberi nikmat iman dan Islam, agama yang diredhai.

Tapi disaat kita masih mampu bernafas tanpa rasa lelah, berjalan tanpa rasa takut, keluar dari rumah tanpa rasa ragu, apakah nasib saudara kita di luar sana? Apakah mereka turut merasa nikmat Allah sama seperti apa yang kita rasa? IBRAH DARI GAZA, talk yang sy hadiri pd minggu minggu lepasss, disampaikan olehh Prof. Dr Hafidzi Mohd Nor, Pengerusi Aqsa Syarif di masjid Universiti Teknologi Nasional ( UniTen ) ternyata memberi kesan yg sangat mendalam, apabila didedahkan dengan usaha Aqsa Syarif membantu rakyat Palestin dengan membuka kilang roti, ladang lembu dan etc. Membuat sy berfikir apakah tindakan sy sbgai seorang Islam apabila saudara sy yg lain dibunuh tanpa rasa belas kasihan!


Gambar atass tu antara gambar kanak-kanak Palestin atau boleh sy anggap mereka adalah adik-adik kita yg dibunuh oleh kaum yahudi tanpa ada rasa perikemanusiaan! Sapa ja tak marah bila sudara kita sendiri dibunuh, dipukul, gadis-gadis dirogol, bayi-bayi turut dibunuh! Sapa boleh sabar? Sahabat, kalaulah keluarga kita yg diperlakukan begini bolehkahh kita just tengok tanpa berbuat apa-apa? Kalau anda tanya sy, semestinya TIDAK! Sy takkan biarkan keluarga sy diperlakukan begini. YA, Begitu jugalahh apa yang saudara kita di Palestin rasa. Betapa mereka sangat bersedih apabila mereka hilang ahli keluarga mereka.

They need us! Ya, mereka perlukan kita. Mereka perlukan tentera Islam yg akan tolong mereka tegakkan Islam, yg akan membebaskan Aqsa dari kejahatan kaum yahudi. Tapii, ketika mereka menyeru kita untuk bangkit, untuk kembali pada Islam, dimana kita saat itu? Berfoya foya? Tgh shopping? Ber'facebook'ing? Atau tgh hupdate blog? *okay.terasa.

Tak salah kalauu kita nak guna media FB, Blog utk menyampaikan ayat ayat Allah. Tapii, jangan sesekali salah guna, yg pasti berpada padalah ;)


Nie gambar adik kita di Palestin yg lantang bersuara utk mendapatkan kebebasan. Mereka berani ke medan perang walaupun umur tidak melepasi belasan tahun mungkin. Mainan mereka sehari hari adalah batu sebagai persediaan apabila berhadapan dengan kaum yahudi nanti. Kenapa batu? Sebab tuu satu satunya alat mempertahankann diri yg mereka ada. Tapi, mereka berani. Kenapa? Sebab mereka berpegang pada janji Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (QS Muhammad/47:7)

Mereka berpegang teguh pada janji Allah. Sebab tuu mereka tidak merasa takut. Tapii, disaat mereka bersusah payah menghalang kaum yahudi dari menduduki tanah suci Aqsa, dimana kita? Dimana pemuda pemuda yg sepatutnya mengangkat senjata mempertahankan Islam, mempertahankan tanah suci Aqsa. Yg sepatutnya melindungi saudara kita di Palestin. Dimana mereka? Kita lalai. Kita tertipu olehh budaya Barat yg dicipta untuk menjatuhkan kita. Tidak ada apa yang perlu kita takutkan kerana kita berada di pihak yang benar.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: “Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan”. ( Al-Imran : 12 )

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa – dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." ( Al-Imran : 13 )

Allah dah jelaskan daam surat cinta Nya bahawa orang kafir akan kalah dan Islam akan menang. Jadi, apa yg perlu kita takutkan? Tidak yakinkah kita dengan janji Allah? Tepuk dada, tanya iman.

Adakah kita sanggup melihat saudara seaqidah kita diperlakukan seperti patung? Diperlakukan seperti mereka tidak merasa sakit? Sanggupkah kita? Bangunlah, pemuda pemudi! Sama sama kita kembali kepada Islam, faham Islam melalui hati, bukan akal!

Kenapa kita mesti mempertahankan tanah suci Aqsa? Ya, tempat dimana kiblat kita yg pertama. Tapi, yg paling penting di situlah di mana 18 orang nabi dilahirkan. Ya, di situ tanah tumpah darah mereka. Maka jika kita kata kita adalah Islam, perlu dan semestinya kita kena pertahankan tanah suci Aqsa.

'Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 
(2:216)

Bangunlah sahabat. Sama sama kita memperkukuhkan iman dan Islam dalam diri kita. Sama sama kita menjadi individu muslim. Sama sama kita membantu saudara kita yg ditindas dan sama sama kita menegakkan Islam. 

Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti, benar-benar berada dalam surga yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. (QS al Infithar/82 : 13-14)

Bangkitlah! Sama sama kita membantu menegakkan ISLAM!




Monday 2 April 2012

Bila Al-Quran Berbicara

ASSALAMUALAIKUM w.b.t. Apa habaq angpa semua? sihat ka? kami mintak maaf laa pasai lama tak hupdate blog kami nie, ( wabak cakap kedahan ), act masa tersangat laaa tak mencukupi ( atau sy sendiri yang tak pandai manage masa. ngeeeeee ). Memang sejak akhil akhir2 nieee sangat laaa sibuk dengan semua shukudai ( homework ) yang berlambak. *act tak berlambak sgt punnn sy sendiri yg suka buat keja last minute. burning oil? burning midnight? ape tahh pepatah inggeris tuu HEHEH :)

OKAYY. Takyahh pikiaq sgt laaa pepatah patah patah tuu. tak pentingg sgt punnn. guna ja pepatah Melayu. Bangsa melambangkan bangsa kannn? ;)
Kembali kpd tajuk asal. Bila Al-Quran Berbicara. Angpa semua faham takkk apa yg sy nak cakap? Tak faham angkat kaki.weheeeeee :p
Dahh, gurau jaaa ;)

"Mungkin anda melihat orang lain tersenyum gembira, sedangkan hatinya menangis kesakitan"

Kata-kata tuu sangat menyentuhh perasaan sy sendiri bila sy terpaksa tersenyum sedangkan hati sangat sangat sangat laa sakit. Seriously, program berkembar sangat memenatkan. Kelas 8 jam tiap2 hari, kelas bahasa 4 jam tiap2 hari. Memang! Otak dahh semakin tepu. Rasa macam dah taklehh nakk hamdan hadam lagi dahh segala ilmu yang dipelajari. Sampai satu tahap, hati jahat berkata,

 "Ain, berhentilahh. Kamu dah tak mampu lakukan!"

Tapi, hati bersih (baik) masih mampu menjawab,

"Ain, sabar. Cuba lagi. Ain boleh!"

Tapi, one day. Dahh rasa macam telur berada dihujung tandukk. Sikit lagi nakk pecah. Sy menangis sambil jawab semua shukudai. I felt, LOST!

Sy menangis sekuat kuat nya. Dalam hati cuma fikir nak hilangkann semua rasa letih, fed up yang dah lamaa tersimpan dalam lubuk hati.

"Jangan terlampau bersedih, kerana time tuu syaitan akan datang kat kita dan duduk atas hati kita. Kenapa? Kerana kita terlampau sedih tanpa mengingati Allah"

Astaghfirullah. Bila sy pikiaq balik ayat tuu, sy sedar. Sy salahh sbb sy dah tukar tempat bergantung sy. Sy bergantung pd kemampuan diri sy. Sedangkan sepatutny, satu satunya tempat bergantung adalah kepada Allah S.W.T. Sekali lagi sy menangis. Kali ini bukan menangis sbb takleh jwb soalan tapi menangis sbb sy berdosa kpd Allah, kpd pencipta sy sendiri. YA. Mmg sy kacang yg lupakan kulit. Sy lupa Allah yg selalu melindungi sy.

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

 "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Saat tuu, hati kecil mula memujuk. Hati berbicara supaya sabar, pegang pada janji Allah, jangan tinggalkan Allah, jangan lupakan Allah. Jangan sesekali sombong dengan Allah. Kuatkan hati dgn berzikir memuji kebesaran-Nya.

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." ( At- Taubah : 40 )

Sungguh, hati menjadi tenang bila baca ayat - ayat Allah di dalam surat cintaNya kpd hamba hambanya. Sy dapat kembalikan balik semangat tuu. Walau kadang - kadang terfikir kalau lah aku gagal, apa akan jadi kat family aku kelak? Kami tak mampu. Tapii, Allah jawab soalan aku. Allah jawab dalam surah Al- Baqarah ayat ke 286.

" Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia
mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. ( 2:286 )
Sy terus bangun. Taknakk lagi dahh menangis sbb bnda lain selain Allah. Berdoa agar Allah ampunkan dosa dosa sebelum niee. Dan, sy terharu bila Allah jawab,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Al-Imran : 31 )


Hebat kann? Tiap masalh, Allah bagi kita jalan penyelesaian. Tiap kesedihan, Allah titipkan kata kata semangat. 

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' (2:216)

YA. Allah tauu segala galanya tentang kita. " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang~ :')