Friday 28 September 2012

Kerana DIA Tahu

Assalamualaikumw.b.t..
Mungkin sudah tersangat lama tak menulis memandangkan jadual yg sangat padat. Dah bersawang pun blog nie. kan? >.<

Tapi, tak kesahh laa. Sebab sesungguhnya sy bukan menulis utk dibaca tapi menulis utk menyebarkan. Dan kalau ada yg baca dan dapat sumtim dr hasil tangan sy, ALHAMDULILLAH.

Akhir2 nie, rasa sangat bersyukur sbb Allah masih beri peluang utk ingat Dia walau banyak kekhilafan telah dilakukan. Betapa Allah tidak pernah membenci malah sentiasa ada. Mungkin org akan mmpertikaikan kerana Allah di luar jangkauan penglihatan kita tapi, sesungguhnya kehadiran Nya dapat dirasai saat kita berdoa dan bertemu dgn Nya di dlam solat.

 "Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedang ia tidak baik bagimu"

Al Baqarah : 216.

Ayat Allah yg sangat mengajar diri ini utk redha dengan ketentuan Allah. Ayat Allah yg sentiasa mekar di dalam hati dalam menghadapi segala yg terjadi.

Berada dlm suasana belajar yg banyak saingan, memang agak menyusahkan. Allah je tau bilamana keputusan kita adalh yg terburuk dikalangan rakan rakan lain. Menitiskan air mata bukan perkara luar biasa tapi kebiasaan yg menjadi luar biasa bila tak menitiskan airmata.

"Result aku rendah je"

Hatiku runtun sangat mengalunkan kata kata tu. Rendah hanya kerana careless mistakes. Nak marah, menyesal, tak puas hati. Semua jadi satu.

"Sabar. Ingat tak ayat 216?"

Aku lupa. Lupa. Lupa Allah telah beri yg terbaik. Allah bagi apa yg aku perlukan bukan apa yg aku nak. Allah sangat memahami keadaan aku. Aku kembali, kembali mengingati Allah. Lama kelamaan kesedihan bertukar jadi ketenangan yg teramat.

Alhamdulillah. Allah tahu kenapa Dia merancang macam tu. Kita sbgai hamba, menerima dan amalkan.

Biar buruk mana pun, terima. Kerana itu pemberian Allah. Kerana Allah tahu, sedang kita tidak.

Berhenti menyalahkan org lain dan Allah, diri sendiri yg patut di muhasabah. InshaAllah.

"Tersimpan seribu makna dalam satu perkataan. Tersimpan seribu kata dalam satu senyuman"

No comments:

Post a Comment