Saturday 14 December 2013

Hari ini aku mahu menulis, kerana jari ini sudah letih memegang pena tanpa dicurah isinya. Saat ini, aku rindu. Rindu pada sahabat yang dulu peneman gelak tawa, tangis duka. Dulunya sangat hebat melontar nasihat. Kini, tiada lagi lontaran nasihat. Cuma kadang kadang terserempak di muka buku. Tapi bukan menegur, sekadar membaca status dan meneruskan kerja sendiri. Aku rindu. Saat kita sama sama jadi gila. Saat kita sama sama menangis. Aku rindu. Mana erti persahabatan yg dulu kita canang canangkan? Cepatnya kita berubah.

No comments:

Post a Comment