Saturday 14 December 2013

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah kerana aku masih mampu bernafas, utk terus beribadat dan menjadi khalifah di bumi ciptaanMu.
Subhanallah.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(3:191)

Ya.Takde satu pun ciptaan Allah takde function. Mesti ada sebab Allah ciptakan sesuatu.

***

Sungguh. Hati aku sedang berbolak balik. Ada yg tak kena sedang berlaku/bakal berlaku. Aku buntu. Aku rasa aku perlukan ruang utk menyendiri, menenangkan diri.

Aku keluar. Keluar melihat keadaan masyarakat sekeliling. Aku duduk, melihat kelibat manusia lalu lalang di dalam pasaraya.

Akhir zaman. Aku lihat lelaki dan perempuan, berpegangan tangan. Suami isterikah?
*Okay, aku cuba bersangka baik.

Lalu aku alihkan pandangan. Aku lihat para muslimah tanpa segan silu menunjukkan aurat mereka. Mana identiti islam?

No comments:

Post a Comment