Tuesday 3 April 2012

IBRAH DARI GAZA

Assalamualaikum w.b.t. Apa habaq semua? Sihat ka? Alhamdulillah, syukur krana Allah masih pinjamkan sy tubuh badan yang montel sihat untuk melakukan aktiviti seharian. Syukur kerana Allah masih mengurniakan sy hati yang masih berpegang teguh pada tali Allah. Syukur kerana sy masih diberi nikmat iman dan Islam, agama yang diredhai.

Tapi disaat kita masih mampu bernafas tanpa rasa lelah, berjalan tanpa rasa takut, keluar dari rumah tanpa rasa ragu, apakah nasib saudara kita di luar sana? Apakah mereka turut merasa nikmat Allah sama seperti apa yang kita rasa? IBRAH DARI GAZA, talk yang sy hadiri pd minggu minggu lepasss, disampaikan olehh Prof. Dr Hafidzi Mohd Nor, Pengerusi Aqsa Syarif di masjid Universiti Teknologi Nasional ( UniTen ) ternyata memberi kesan yg sangat mendalam, apabila didedahkan dengan usaha Aqsa Syarif membantu rakyat Palestin dengan membuka kilang roti, ladang lembu dan etc. Membuat sy berfikir apakah tindakan sy sbgai seorang Islam apabila saudara sy yg lain dibunuh tanpa rasa belas kasihan!


Gambar atass tu antara gambar kanak-kanak Palestin atau boleh sy anggap mereka adalah adik-adik kita yg dibunuh oleh kaum yahudi tanpa ada rasa perikemanusiaan! Sapa ja tak marah bila sudara kita sendiri dibunuh, dipukul, gadis-gadis dirogol, bayi-bayi turut dibunuh! Sapa boleh sabar? Sahabat, kalaulah keluarga kita yg diperlakukan begini bolehkahh kita just tengok tanpa berbuat apa-apa? Kalau anda tanya sy, semestinya TIDAK! Sy takkan biarkan keluarga sy diperlakukan begini. YA, Begitu jugalahh apa yang saudara kita di Palestin rasa. Betapa mereka sangat bersedih apabila mereka hilang ahli keluarga mereka.

They need us! Ya, mereka perlukan kita. Mereka perlukan tentera Islam yg akan tolong mereka tegakkan Islam, yg akan membebaskan Aqsa dari kejahatan kaum yahudi. Tapii, ketika mereka menyeru kita untuk bangkit, untuk kembali pada Islam, dimana kita saat itu? Berfoya foya? Tgh shopping? Ber'facebook'ing? Atau tgh hupdate blog? *okay.terasa.

Tak salah kalauu kita nak guna media FB, Blog utk menyampaikan ayat ayat Allah. Tapii, jangan sesekali salah guna, yg pasti berpada padalah ;)


Nie gambar adik kita di Palestin yg lantang bersuara utk mendapatkan kebebasan. Mereka berani ke medan perang walaupun umur tidak melepasi belasan tahun mungkin. Mainan mereka sehari hari adalah batu sebagai persediaan apabila berhadapan dengan kaum yahudi nanti. Kenapa batu? Sebab tuu satu satunya alat mempertahankann diri yg mereka ada. Tapi, mereka berani. Kenapa? Sebab mereka berpegang pada janji Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (QS Muhammad/47:7)

Mereka berpegang teguh pada janji Allah. Sebab tuu mereka tidak merasa takut. Tapii, disaat mereka bersusah payah menghalang kaum yahudi dari menduduki tanah suci Aqsa, dimana kita? Dimana pemuda pemuda yg sepatutnya mengangkat senjata mempertahankan Islam, mempertahankan tanah suci Aqsa. Yg sepatutnya melindungi saudara kita di Palestin. Dimana mereka? Kita lalai. Kita tertipu olehh budaya Barat yg dicipta untuk menjatuhkan kita. Tidak ada apa yang perlu kita takutkan kerana kita berada di pihak yang benar.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: “Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan”. ( Al-Imran : 12 )

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa – dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." ( Al-Imran : 13 )

Allah dah jelaskan daam surat cinta Nya bahawa orang kafir akan kalah dan Islam akan menang. Jadi, apa yg perlu kita takutkan? Tidak yakinkah kita dengan janji Allah? Tepuk dada, tanya iman.

Adakah kita sanggup melihat saudara seaqidah kita diperlakukan seperti patung? Diperlakukan seperti mereka tidak merasa sakit? Sanggupkah kita? Bangunlah, pemuda pemudi! Sama sama kita kembali kepada Islam, faham Islam melalui hati, bukan akal!

Kenapa kita mesti mempertahankan tanah suci Aqsa? Ya, tempat dimana kiblat kita yg pertama. Tapi, yg paling penting di situlah di mana 18 orang nabi dilahirkan. Ya, di situ tanah tumpah darah mereka. Maka jika kita kata kita adalah Islam, perlu dan semestinya kita kena pertahankan tanah suci Aqsa.

'Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 
(2:216)

Bangunlah sahabat. Sama sama kita memperkukuhkan iman dan Islam dalam diri kita. Sama sama kita menjadi individu muslim. Sama sama kita membantu saudara kita yg ditindas dan sama sama kita menegakkan Islam. 

Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti, benar-benar berada dalam surga yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. (QS al Infithar/82 : 13-14)

Bangkitlah! Sama sama kita membantu menegakkan ISLAM!




No comments:

Post a Comment