Monday 2 April 2012

Bila Al-Quran Berbicara

ASSALAMUALAIKUM w.b.t. Apa habaq angpa semua? sihat ka? kami mintak maaf laa pasai lama tak hupdate blog kami nie, ( wabak cakap kedahan ), act masa tersangat laaa tak mencukupi ( atau sy sendiri yang tak pandai manage masa. ngeeeeee ). Memang sejak akhil akhir2 nieee sangat laaa sibuk dengan semua shukudai ( homework ) yang berlambak. *act tak berlambak sgt punnn sy sendiri yg suka buat keja last minute. burning oil? burning midnight? ape tahh pepatah inggeris tuu HEHEH :)

OKAYY. Takyahh pikiaq sgt laaa pepatah patah patah tuu. tak pentingg sgt punnn. guna ja pepatah Melayu. Bangsa melambangkan bangsa kannn? ;)
Kembali kpd tajuk asal. Bila Al-Quran Berbicara. Angpa semua faham takkk apa yg sy nak cakap? Tak faham angkat kaki.weheeeeee :p
Dahh, gurau jaaa ;)

"Mungkin anda melihat orang lain tersenyum gembira, sedangkan hatinya menangis kesakitan"

Kata-kata tuu sangat menyentuhh perasaan sy sendiri bila sy terpaksa tersenyum sedangkan hati sangat sangat sangat laa sakit. Seriously, program berkembar sangat memenatkan. Kelas 8 jam tiap2 hari, kelas bahasa 4 jam tiap2 hari. Memang! Otak dahh semakin tepu. Rasa macam dah taklehh nakk hamdan hadam lagi dahh segala ilmu yang dipelajari. Sampai satu tahap, hati jahat berkata,

 "Ain, berhentilahh. Kamu dah tak mampu lakukan!"

Tapi, hati bersih (baik) masih mampu menjawab,

"Ain, sabar. Cuba lagi. Ain boleh!"

Tapi, one day. Dahh rasa macam telur berada dihujung tandukk. Sikit lagi nakk pecah. Sy menangis sambil jawab semua shukudai. I felt, LOST!

Sy menangis sekuat kuat nya. Dalam hati cuma fikir nak hilangkann semua rasa letih, fed up yang dah lamaa tersimpan dalam lubuk hati.

"Jangan terlampau bersedih, kerana time tuu syaitan akan datang kat kita dan duduk atas hati kita. Kenapa? Kerana kita terlampau sedih tanpa mengingati Allah"

Astaghfirullah. Bila sy pikiaq balik ayat tuu, sy sedar. Sy salahh sbb sy dah tukar tempat bergantung sy. Sy bergantung pd kemampuan diri sy. Sedangkan sepatutny, satu satunya tempat bergantung adalah kepada Allah S.W.T. Sekali lagi sy menangis. Kali ini bukan menangis sbb takleh jwb soalan tapi menangis sbb sy berdosa kpd Allah, kpd pencipta sy sendiri. YA. Mmg sy kacang yg lupakan kulit. Sy lupa Allah yg selalu melindungi sy.

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

 "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Saat tuu, hati kecil mula memujuk. Hati berbicara supaya sabar, pegang pada janji Allah, jangan tinggalkan Allah, jangan lupakan Allah. Jangan sesekali sombong dengan Allah. Kuatkan hati dgn berzikir memuji kebesaran-Nya.

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." ( At- Taubah : 40 )

Sungguh, hati menjadi tenang bila baca ayat - ayat Allah di dalam surat cintaNya kpd hamba hambanya. Sy dapat kembalikan balik semangat tuu. Walau kadang - kadang terfikir kalau lah aku gagal, apa akan jadi kat family aku kelak? Kami tak mampu. Tapii, Allah jawab soalan aku. Allah jawab dalam surah Al- Baqarah ayat ke 286.

" Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia
mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. ( 2:286 )
Sy terus bangun. Taknakk lagi dahh menangis sbb bnda lain selain Allah. Berdoa agar Allah ampunkan dosa dosa sebelum niee. Dan, sy terharu bila Allah jawab,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Al-Imran : 31 )


Hebat kann? Tiap masalh, Allah bagi kita jalan penyelesaian. Tiap kesedihan, Allah titipkan kata kata semangat. 

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' (2:216)

YA. Allah tauu segala galanya tentang kita. " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang~ :')


No comments:

Post a Comment