Thursday 15 March 2012

Ya Allah, Tolong Jaga Hati Ini.

Assalamualaikum w.b.t . Syukur kerana ana masih mendapat peluang dari Allah utk bernafas, utk mengubah diri ke arah kebaikan, InsyaAllah.

 Disaat hati hati yang lain tengah mengingati Allah Yang Maha Esa, ana terfikir,'Ya Allah, apakah betul aku tengah mengejar cintaMu ya Allah, cinta kekasih Mu, Rasulullah S.A.W yang sangat elok budi pekertinya? Apakah hati aku sepenuhnya merindui dan mencintaimu?'

YA. Ana akui, ana pun manusia biasa yang tak pernah lari dari fitrah tuu. MEMANG. Rasa cinta tu ada tapi cinta tu sepatutnya untuk Allah dan kekasihNya. Ana khilaf. Ana teringat kata-kata Sheikh Yusof Estes,


"The only one thing that Allah want from you is this simple thing, your HEART. Give Him your HEART and you will found Him."
TERNYATA, Allah nak hati kita. Allah nak kita dekat dengan Dia. Ya Allah, betapa besarnya kasih-sayang Allah , sedangkan ana saat ini, apa yang telah ana lakukan dengan hati ana??

Astaghfirullahhalazim :'(
Maafkan aku, Ya Allah..


'Orang kte jgn biarkan diri kita sempat merasa cinta kpd manusia sebab sekali kita merasa cinta kepada manusia, memang rasa itu tak kan dapat kita buang. Sehingga akhirnya, kita yang merasa sakitnya. Hati kita yang akan berdarah. Kita yang akan parah. Mungkin kadang2 terlalu sukar untuk membuang rasa cintakan manusia tapi berjihadlah kerana Allah. Sesungguhnya cinta Allah itu lagi indah. Kalau kita suka bila kekasih cemburu tika kita bersama yang lain, begitu juga Allah. Sungguh, Allah sangat cemburu. Kejarlah cinta Allah. Usah difikir tentang cinta manusia yang akhirnya membuat kita terduduk, membuat kita jadi lemah, longlai.. Ya Allah. Aku bersalah kerana membenarkan pintu hati ini diketuk. Ake bersalah kerana tidak menanam pokok berduri untuk melindungi hati ini, ya Allah. Sungguh, aku terasa sakitnya. Allah, aku sibuk dengan rasa ini sehinggakan aku memberi kebenaran untuk benih tersebut bercambah dalam hati aku. Sungguh ya Allah, aku sakit. Aku tersilap langkah. Aku lambat membina benteng. Ya Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.., ampuni aku ya Allah. Hilangkan rasa ini ya Allah. Hanya cintaMu yang aku inginkan. Jauhkan aku dari cinta duniawi. Subhanallah, cintaMu mampu membuat aku tenang, bangkit dari kesakitan dan tabah menghadapi kepahitan. Sesungguhnya, izinkan aku menangis kerana cintaMu ya Allah, bukan cinta manusia yang melemahkan aku ya ALLAH. Kesat airmata di pipi ku ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk mencintaiMu. Sungguh, aku tersangat merinduiMu.. Ampuni aku ya Allah.. 

No comments:

Post a Comment